Pengumuman



Selasa, 22 April 2008

Artikel: Pusat Bumi berada di Kabah

Ini merupakan suatu penelitian terbaru...
Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir.

Sumber: http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat75/nasihat75.html

Senin, 07 April 2008

Maulid 1429 H : Pemutaran Film The Message


DKM Al-Furqon pada hari Ahad tanggal 30 Maret 2008 memperingati Mulid Nabi Muhammad saw 1429 H. Ibu-ibu menyelenggarakan pada sore hari, sedangkan Bapak-bapaknya malam hari. Adapun keduanya memiliki acara yang sama, yaitu Pemutaran film The Message.
Film ini dibuat oleh produser film Hollywood, bahkan salah satu bintangnya adalah Anthony Quinn yang memerankan Hamzah, panglima perang Nabi. Namun begitu, film ini tetap objektif dalam menampilkan sejarah Nabi Muhammad.
Acara ini merupakan salah satu bentuk inovatif dalam memperingati Maulid. Pada dasarnya orang akan lebih tertarik menonton film daripada ceramah. Terbukti, meskipun acara malam untuk Bapak-bapak, tapi anak-anak ikutan menonton juga. Bahkan anak-anak perempuan juga.